Sunday, June 19, 2011

80 Hari

   Pejam celik pejam celik hari ini genap 80 hari Teja cuti bersalin. Ngaaa....cepatnya masa berlalu. Nur Auni pun dah 80 hari juga. Dah pandai buat buih...buih kecik-kecik, ada masa buih besar. Mulut pun dah bunyi-bunyi nak cakap. Tadi tengahari pun masa video call dengan Babahnya, kemain lagi tengok handset. Tak berkelip mata pandang Babah, kesian plak tengok...

  Esok suda start kerja..huhuhu xde mood ni...Berulang dulu rumah Tokmi sebab BS Auni baru sampai. Jadi harus Tokmi perati dulu dia urus Auni camne.. Harap-harap Auni serasi la hendaknya. Esok sure hati Teja di rumah sebab teringat kat Auni. Biasa DF je dengan Teja, bermula esok kene la EBM ye sayang...

   Masa Auni dalam perut, rasa macam lama sangat masa. Tertunggu-tunggu bila hari itu tiba. Membawa perut yang sangaaaaaaaaattt besar, menjaga anak lelaki (nasib baik Izz bukan jenis buas/lasak), drive weekly Seremban-Putrajaya-Seremban dan bebanan kerja harian sangat memenatkan Teja. Tapi Teja gagahkan juga sebab En. Somi kan kerja jauh. Yang buat terubat sebab dia selalu lari pulang tengokkan kami 2 beranak.  Yang menarik, sempat juga Teja tengok sesuatu yang nak sangat tengok sejak ia dijalankan di Putrajaya. Belon Panassss....

Memula kecik je belon tu...

besar skit...

dah terbang pun...

muka Babah yang penat, drive dari Kemaman terus tengok belon.. TQ Babah..

tengoklah mak buyung ni, Teja tengok semula pun takut. Besar betul perut. Patutla orang dok cakap besar besar....


  Nanti Teja cite kisah Nur Auni pula ye...

Thursday, June 16, 2011

Assalamualaikum...

    Fuh....berhabuk rupanya di sini. Sudah lama tidak dikemas. Masa mula-mula buat dulu, saya sangat 'excited' tetapi apabila kerja di pejabat makin menimbun, maka blog ini menjadi angan-angan mat jenin lah. Bertahun rupanya saya tidak mengemaskini. Alhamdulillah kini saya kembali dan cuba menjadi blogger semula. Harap-harap ia akan hidup la ye..
    Setelah bertahun, saya ada banyak cerita untuk dikhabarkan tetapi akan saya masukkan satu per satu ye. Ada ke pembaca saya ni? hehehehe jika ada yang sudi, terima kasih...
    Ini hanya permulaan sahaja. Nak mengarang tetapi idea belum muncul laks...

Wednesday, April 8, 2009

*SUSAH TIDUR*

Sudah 3 hari berturut-turut susah nak tidur... Maaf ye, bukan saya yang susah nak tidur tetapi anak lelaki kesayangan saya tu. Izz Haris adalah anak yang mudah untuk dijaga. Apabila difikirkan, saya seperti tidak percaya melihat dia telah membesar tanpa ragam yang banyak.
Apabila dibawa di dalam kereta, walaupun di dalam carseat, dia akan duduk diam-diam. Paling bosan pun, dia akan main-main dengan jari-jarinya atau menyanyi (satu pun saya tidak faham hehehehe).
Apabila mengantuk, memang mudah untuk tidurkan dia. Berikan susu, sendawakan dan letak dalam buaian. Sambil menyanyikan selawat Nabi, dia akan lelap. Bila malam pula lagi mudah, dia akan datang kepada saya sambil membebel-bebel (mungkin mengadu yang dia hendak tidur). saya buatkan susu dan letak dia di atas katil. Setelah susu habis diminum pastinya dia akan terlena. Paling lewat pun dia akan tidur pada pukul 12am.
Tetapi 3 malam yang lepas memang merunsingkan saya. Dia sudah beri action untuk tidur, saya buat perkara yang sama sebelum tidur. Akan tetapi sesudah minum susu dan mata telah menunjukkan tanda mengantuk, dia mengamuk tanak tidur. Guling-guling, kemudian bangun nak main. Letak dalam buai pun mengamuk jugak. Memang dalam sejam jugak baru boleh terlena. Itupun sampai kita dah penat berselawat.
Jika abahnya ada, bolehla time camtu dia yang take over. Bolehla saya tidur dulu sebab saya harus bangun awal pagi untuk pergi kerja. Ini, lagi sebulan lebih baru abahnya balik. Saya jugak la yang kene tidur lewat. Apabila sampai opis, masih lagi terasa mengantuknya.
Ermm..rasa macam nak berenti kerja sahaja, dok di rumah, time Izz tidur, bole saya cover semula tidur saya hehehehe
Agak-agaknya macammana nak buat ye dengan masalah anak saya ini...?